Subtopik 1: Mengenal Ciri-Ciri Prospek Berkualiti
Selepas dua minggu beroperasi sebagai perunding rumah baru, Firdaus mula sedar bahawa tidak semua prospek adalah pelanggan yang benar-benar berminat. Dalam rutin hariannya, ada prospek yang hanya sekadar bertanya harga rumah tanpa memberikan maklumat lanjut, dan ada juga yang benar-benar mengambil serius seluruh proses pembelian. Di sinilah pentingnya Firdaus belajar teknik mengenal pasti prospek berkualiti. Melalui latihan yang diberikan, Firdaus diajar untuk fokus pada prospek yang mempunyai tujuan jelas, seperti mereka yang telah menetapkan bajet, tahu lokasi diingini, dan mempunyai dokumen sokongan kewangan. Dengan menggunakan borang profiling digital, Firdaus mampu membezakan siapa yang sekadar ‘window shopping’ dan siapa yang serius untuk membeli. Ini menjimatkan masa dan meningkatkan peluang untuk closing.
Subtopik 2: Teknik Networking Berkesan
Sebagai seorang perunding yang baru, Firdaus tidak membiarkan dirinya hanya berharap pada leads yang diberi oleh syarikat. Dia aktif membina rangkaian sendiri. Setiap kali ada majlis pelancaran projek rumah baharu atau seminar property, Firdaus akan hadir dan memperkenalkan diri. Dengan membawa kad nama dan materials promosi digital, beliau mula mengenali ramai bakal pembeli, rakan perunding dari agensi lain, dan juga pegawai pemasaran syarikat pemaju. Teknik networking ini bukan sahaja membantu Firdaus mendapat prospek baru, malah membuka peluang kerjasama dengan mereka yang mempunyai pangkalan pelanggan sendiri. Firdaus mendapati, dengan hanya memperkenalkan diri secara santai dan menawarkan bantuan tanpa memaksa, beliau sering dihubungi semula oleh prospek beberapa minggu selepas event yang dihadiri.
Subtopik 3: Cara Menggunakan Media Sosial Untuk Prospek
Dalam dunia digital, Firdaus mengambil peluang memaksimumkan media sosial sebagai alat mendapatkan prospek. Beliau mempelajari bagaimana hendak menghasilkan posting yang menarik di Facebook dan Instagram, seperti berkongsi tip memilih rumah pertama, testimoni kejayaan pelanggan, atau promosi rumah projek baru dengan gambar infografik yang jelas. Tidak lama selepas itu, beliau mula menerima mesej peribadi dari individu yang berminat. Firdaus juga menggunakan fungsi story dan live untuk berinteraksi secara real-time dengan pengikutnya. Dengan konsisten berkongsi konten yang membantu dan jujur, firdaus bukan sahaja mendapat lebih banyak leads, tetapi juga membina kredibiliti sebagai perunding yang dipercayai ramai.