+60194626840
support@digyprime.com
English flag
English
Select a Language
English flag
English
Malay flag
Malay
RM
MYR
Select a Currency
Malaysia Ringgit
RM
United States Dollar
$
Brunei Darussalam Dollar
$
0
Xplorasi Diri : Bangkitkan Jiwa

Bab 1: Kenapa Aku Gagal?

Setiap kegagalan selalunya kita kaitkan dengan orang lain atau keadaan luar. Tapi sebenarnya, banyak yang berpunca dari dalam diri cara kita fikir, emosi kita, sikap dan keputusan harian. Suka bertangguh, tak yakin, tiada disiplin itu semua jerat yang halus tapi kuat.
Study Duration
10 Min
    • Xplorasi Diri: Bangkitkan Jiwa
    • Permulaan Kisah Saya: Dari Jatuh ke Sedar Hakikat Sebenar 



Xplorasi Diri: Bangkitkan Jiwa

Permulaan Kisah Saya: Dari Jatuh kepada Sedar Hakikat Sebenar


Jika anda sedang membaca kisah ini, ketahuilah… saya bukan insan sempurna yang sentiasa berada di puncak. Hidup saya penuh dengan fasa jatuh dan bangun bermula dari zaman kecil, bantu keluarga jual makanan di sekolah… hinggalah satu ketika, saya berdiri gah dalam dunia perniagaan. Bersama arwah suami, kami bina syarikat construction bernilai jutaan ringgit.


Tapi hidup ini bukan sekadar tentang kejayaan. Saya juga pernah diuji dengan kejatuhan yang sangat memeritkan. Bisnes jatuh. Keputusan demi keputusan yang tak menjadi. Kemudian datang pula ujian kesihatan keluarga yang mengubah segalanya. Saat itu, saya tertanya-tanya kenapa saya gagal? Salah siapa?


Mula-mula, saya salahkan keadaan, ekonomi, pesaing… bahkan takdir. Tapi lama-kelamaan, Allah buka hati saya untuk melihat ke dalam diri. Hakikatnya, banyak kelemahan datang dari dalam pemikiran yang tidak matang, emosi yang tak terurus, tindakan yang terlalu terburu-buru.


Dari sinilah saya mula kenal erti sebenar "Xplorasi Diri". Saya berhenti bertanya "Kenapa aku gagal?"… dan mula tanya "Apa yang aku boleh belajar dari semua ini?"


1. Faktor Dalaman vs Luaran


Setiap kegagalan selalunya kita kaitkan dengan orang lain atau keadaan luar. Tapi sebenarnya, banyak yang berpunca dari dalam diri cara kita fikir, emosi kita, sikap dan keputusan harian. Suka bertangguh, tak yakin, tiada disiplin itu semua jerat yang halus tapi kuat.


Saya teringat kisah seorang peserta program, Puan Sapiah usahawan hebat dalam bidang oil & gas. Bisnesnya besar, kedudukannya kukuh. Tapi dia pernah luah pada saya… “Saya rasa kosong. Macam ada yang tak lengkap.”  

Rupanya, kejayaan luaran tak menjamin ketenangan dalaman.  


Dan dari situlah saya sedar… kejayaan sebenar bermula bila kita mula kenal siapa diri kita yang sebenar.


Beliau pernah mendengar orang berkata, “Dekatkanlah diri pada Allah kalau mahu ketenangan.” Tapi bagi Puan Sapiah, kata-kata itu terasa terlalu umum. Dia sendiri tak tahu, “bagaimana“ sebenarnya mahu rasa “dekat” dengan Allah.


Sehinggalah satu hari, dalam sesi program pembangunan diri, kami berbicara dari hati ke hati tentang jiwa, kepercayaan, dan rasa kehilangan walaupun dikelilingi kejayaan.


Saya kongsi padanya sesuatu yang saya sendiri lalui bagaimana bercakap dengan Allah bukan sekadar doa di bibir, tapi pengaduan yang lahir dari hati yang benar-benar jujur. Saat kita berhenti ‘berlakon kuat’, dan mula serah sepenuhnya pada Allah… di situlah letaknya kekuatan sebenar.


Puan Sapiah mula cuba. Beliau belajar untuk melibatkan Allah dalam setiap keputusan besar mahupun kecil. Belajar berserah, dan bercakap dengan Allah seperti seorang anak bercerita pada ibu atau ayah yang paling memahami. Perlahan-lahan, beliau mula rasa perubahan.


Katanya, “Sejak itu, hidup saya berubah 360 darjah. Hati rasa tenang, urusan jadi mudah, pekerja pun lebih gembira, pelanggan makin ramai, dan rezeki datang dari jalan yang saya tak sangka.”


Kisah ini bukti, walau setinggi mana kejayaan, manusia tetap perlukan ruang untuk kenal dan pulang pada Penciptanya. Sebab dari situlah datangnya kekuatan bukan sekadar untuk berjaya, tapi untuk terus bertahan dan berkembang.


2. Tabiat & Pola Pemikiran Negatif


Bila sebut pasal kegagalan, ramai tak sedar… puncanya bukan semata-mata kerana nasib atau orang lain. Tapi banyak kali, ia berpunca daripada tabiat dan skrip dalam fikiran kita sendiri yang kita ulang hari demi hari, sama ada sedar atau tidak.


Kadang-kadang, tabiat ini terbina sejak kecil… mungkin sebab pengalaman pahit, cara kita dibesarkan, atau pengaruh daripada orang sekeliling. Misalnya...


Suka tangguh kerja.  

Selalu fikir “aku ni memang tak layak berjaya.”  

Cepat putus asa bila tak jadi.  

Terlalu fikir pandangan orang sampai tak berani cuba.


Saya pun pernah lalui fasa ni. Lepas beberapa kali jatuh, saya mula rasa takut nak mula semula. Otak saya mula bagi skrip negatif:  

“Nanti kalau gagal lagi?”  

“Buat penat je… last-last kecewa.”  

Dan paling teruk, saya mula percaya, mungkin saya memang tak layak untuk berjaya lagi.


Tapi satu perkara saya belajar kita boleh cabar fikiran sendiri. Bila suara dalam kepala kata, “ Kau tak mampu,” saya belajar untuk jawab, “Apa bukti aku tak mampu? Aku pernah berjaya sebelum ni.”


Macam Puan Sapiah juga. Bila dia mula kenal diri dan latih jiwa untuk tenang, dia sedar rupanya keputusan-keputusan penting dalam hidupnya terbantut hanya kerana skrip negatif yang dia ulang dalam fikiran sendiri.  

Katanya, “Saya selalu bayangkan benda buruk berlaku sebelum mula. Tapi bila saya belajar tukar skrip tu, saya mula nampak jalan. Saya visualkan kejayaan, bukan kegagalan. Saya fokus cari jalan, bukan ulang masalah.”


Latihan ringkas

Ambil masa sekejap. Fikir dan tulis 3 skrip negatif yang sering muncul dalam kepala.

Contoh:

“Saya tak pandai.” Tukar kepada “Saya boleh belajar sampai pandai.”  

“Saya takut gagal.” Tukar kepada “Gagal tu guru, bukan penamat.”  

“Orang tak suka saya.” Tukar kepada “Saya fokus jadi versi terbaik diri saya.”


Ingat, perubahan besar bermula dengan langkah kecil. Ubah cara kita fikir, in syaa Allah hidup pun akan berubah ikut arah yang lebih baik.


Proses kenal pasti kesilapan ni bukan untuk salahkan diri, tapi untuk kenal siapa kita yang dulu… supaya kita boleh jadi lebih bijak, matang dan kuat hari ni.


Latihan ringkas

Ambil masa renung balik satu kegagalan yang pernah buat anda rasa jatuh. Tulis...

Apa sebenarnya yang silap?

Keputusan apa yang terburu?

Apa pengajaran paling besar dari situ?


Ingat, mengenang tak salah… yang salah bila kita terus ulang tanpa belajar. Kadang, jawapan untuk bangkit bukan ada di depan, tapi tertinggal di belakang kita cuma perlu berani patah balik sekejap untuk ambil semula hikmahnya.


Begitu juga dengan kisah Puan Safiah. Dahulu, walaupun beliau sudah berada di tahap yang ramai orang impikan memiliki kilang sendiri, team yang besar, dan pelanggan tetap beliau pernah berkongsi sesuatu yang sangat jujur.


Katanya, “Saya selalu fikir bila bisnes bermasalah, itu sebab orang lain... team tak cukup bagus, pelanggan cerewet, pasaran tak stabil. Tapi bila saya duduk dan muhasabah, saya nampak... rupanya banyak keputusan penting saya buat terlalu ikut emosi. Kadang saya tolak teguran, tak perasan silap kecil yang lama-lama jadi besar.”


Kesedaran ini bukan sahaja bantu Puan Sapiah jadi pemimpin yang lebih matang, malah bantu dia lebih tenang dan terbuka bila berdepan cabaran. Kadang-kadang, bila kita terlalu kejar kejayaan, kita lupa untuk berhenti sekejap dan tanya, “Apa yang aku boleh belajar dari semua ini?”


Kesilapan Lalu Adalah Rahmat Terselindung


Sebenarnya, bila kita berani hadap kesilapan dengan jujur, kita akan mula rasa satu kelegaan. Bukan untuk salahkan diri, tapi untuk belajar memaafkan diri dan bersyukur kerana tanpa jatuh tu, kita mungkin takkan pernah kenal potensi sebenar kita.


Latihan Refleksi Ringkas


Ambil masa sekejap untuk senaraikan

Satu atau dua kesilapan besar yang pernah kita lakukan (dalam hidup atau bisnes).

Apa yang menyebabkannya berlaku?

Apa yang kita pelajari?

Apa yang kita boleh buat supaya ia tak berulang lagi?


Tulis semua ni dalam jurnal atau nota harian. Biar jadi rujukan jiwa, pengingat untuk masa depan. Lama-lama, kita akan sedar… kesilapan bukan musuh. Tapi sebenarnya, dialah guru paling jujur yang Allah kirim untuk bantu kita jadi versi terbaik diri kita.


Text Lesson 1/8
You are viewing
Bab 1: Kenapa Aku Gagal?