Pernah tak anda berada di satu titik paling rendah dalam hidup, rasa kecewa, putus asa, hilang keyakinan dan tertanya-tanya adakah masih peluang untuk bangkit?
Ramai antara kita, sama ada usahawan berjaya, golongan dewasa yang bekerjaya mahupun ibu bapa, pasti pernah melalui fasa kejatuhan. Ujian dalam bisnes, kegagalan dalam percubaan, kehilangan orang tersayang, kesihatan keluarga, atau tekanan hidup semua ini boleh menyebabkan kita hilang arah.
Hakikatnya, bukan mudah untuk bangun kembali apabila jatuh, terutama bila emosi kita bercampur baur dengan cabaran realiti, beban tanggungjawab dan tekanan kewangan. Anda mungkin pernah cuba mencari motivasi secara online, baca buku atau dengar ceramah, tapi kenapa rasa semangat itu cepat pudar dan sukar bertahan lama?
Jika anda sedang membaca ini, anda berada di tempat yang tepat. Kursus “Xplorasi Diri: Bangkitkan Jiwa” dicipta khusus untuk membantu anda BANGKIT SEMULA dan membina semula kekuatan, keyakinan serta semangat untuk meraih kejayaan hidup seterusnya.
Saya telah melalui pelbagai fasa jatuh bangun dalam dunia perniagaan bermula seawal usia dengan menjual makanan di sekolah demi membantu keluarga, kemudian mengurus bisnes produk wanita, membekal pakaian, serta memiliki butik sendiri. Pencapaian terbesar saya adalah berjaya mengendalikan beberapa syarikat construction bersama suami, dan kami pernah memperoleh kontrak tender kerajaan dan GLC bernilai lebih RM58 juta hanya dalam tempoh dua tahun.
Namun, kehidupan saya tidak terlepas daripada ujian besar. Tanpa diduga, suami saya diserang sakit jantung secara tiba-tiba dan memerlukan pembedahan serta-merta. Ketika itu, hidup saya benar-benar diuji emosi keluarga terganggu, perniagaan mula terjejas, dan saya berdepan tekanan yang sangat hebat, baik dari segi mental, emosi mahupun kewangan.
Pengalaman ini mengajar saya tentang kekuatan dalaman sebenar, pentingnya support system, dan bagaimana untuk keluar dari fasa tertekan kepada seorang individu yang kembali bersemangat dan fokus dengan matlamat hidup. Saya mula mendalami bidang motivasi, menimba ilmu melalui seminar dan berkongsi pengalaman dengan komuniti usahawan serta individu lain yang sedang mengalami kejatuhan.
E-Book ini berbeza dari E-Book motivasi lain kerana ia dibina dari pengalaman sebenar, bukan sekadar teori. Saya akan bimbing anda melalui model J.I.W.A (Jalinan Emosi, Inspirasi, Wawasan, Adaptasi) yang telah bantu ramai individu dan usahawan melalui transformasi hidup mereka.
Setiap modul disusun supaya peserta boleh memilih mengikut keperluan hidup masing-masing, atau belajar mengikut urutan yang dicadangkan. Anda bebas ‘lompat’ ke bab yang paling relevan untuk keadaan anda sekarang!
A. Memahami Punca Kegagalan
B. Fasa Emosi Selepas Kejatuhan
C. Membina Keyakinan Diri Semula
D. Cara Mengurus Tekanan dan Stres
E. Teknik Self-Reflection
F. Menetapkan Matlamat Baru
G. Cara Memaafkan Diri & Orang Lain
Saya Norzie, pemilik pengalaman lebih 20 tahun jatuh bangun dalam kehidupan & perniagaan. Pernah mempunyai syarikat construction yang berjaya, mengendalikan pelbagai bisnes sejak kecil, diuji dengan krisis kesihatan keluarga, hingga akhirnya fokus membina modul inspirasi untuk membantu individu & usahawan bangkit, mengenal potensi dan mencipta kejayaan hidup.
Pengalaman membimbing founder GO-JB Chocolate, Encik Khairudin, dari fasa branding sehingga berjaya membuka kilang coklat sendiri, membuktikan kaedah & inspirasi yang saya kongsikan mampu membawa perubahan dalam hidup orang lain. Saya juga pernah dijemput oleh institusi pengajian serta badan-badan koperasi sebagai penceramah dan mentor dalam modul motivasi & eksporasi diri.
“Tanpa bimbingan Puan Norzie, saya tidak akan berani bawa produk saya ke tahap sekarang. Segala ilmu yang digunakan sentiasa ‘on-point’ dan praktikal. Alhamdulillah, kini saya sudah ada kilang sendiri dan lebih berani ambil risiko!”
— Encik Khairudin, Founder GO-JB Chocolate
“apa yg sofie rasa , ada perasaan halus dalam diri , kalau orang kata dekat kan diri pada Allah , ya sofie belajar dari nz cara untuk RASA dekat dengan Allah . Berserah dan bercakap dengan Allah .”
— Supiah, Usahawan
Harga Sebenar: RM79
Harga Early Bird: Hanya RM29 sahaja!
Tawaran ini TERHAD untuk pendaftaran terawal. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk transformasikan hidup anda.
1. Adakah e-book ini sesuai untuk saya yang bukan usahawan?
Ya! Kursus ini dirangka supaya sesuai untuk semua individu yang ingin bangkit dari kegagalan, tekanan emosi atau mencari inspirasi baru.
2. Adakah saya akan dapat bimbingan secara peribadi?
Untuk setiap peserta, ada ruang komuniti untuk bertanya dan berkongsi pengalaman. Sesi Live bimbingan akan diumumkan dari semasa ke semasa.
3. Bolehkah saya akses kursus bila-bila masa?
Ya, akses adalah lifetime selepas pendaftaran. Anda boleh ulang tonton video dan baca nota pada bila-bila masa.
Hidup anda berhak untuk berubah. Bangkitkan semula potensi, keyakinan dan semangat dalam diri dengan panduan, strategi serta inspirasi dari mereka yang benar-benar memahami.
Klik butang 'ADD TO CART' di bawah dan rebut tawaran Early Bird anda. "Xplorasi Diri: Bangkitkan Jiwa" menanti anda untuk kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya.
This course includes 1 modules, 8 lessons, and 1:20 hours of materials.
Setiap kegagalan selalunya kita kaitkan dengan orang lain atau keadaan luar. Tapi sebenarnya, banyak yang berpunca dari dalam diri cara kita fikir, emosi kita, sikap dan keputusan harian. Suka bertangguh, tak yakin, tiada disiplin itu semua jerat yang halus tapi kuat.
Saya suka kongsikan, pengalaman jatuh bangun dalam bisnes dulu membuatkan saya belajar satu perkara besar:
Emosi jika tidak dikenali dan diurus dengan betul, boleh menjadi penghalang utama untuk bangkit semula. Pernah satu ketika, selepas diuji dengan masalah keluarga dan kerugian dalam syarikat, saya rasa sangat lemah dan hilang semangat. Dari luar mungkin nampak tenang, tetapi dalam hati, sebenarnya sedang “berperang”.
Ingat, tidak mengapa untuk takut. Tidak salah untuk rasa malu.
Itu semua tanda bahawa hati kita masih hidup.
Yang paling penting kita tidak berhenti mencuba.
Teruslah melangkah, walaupun perlahan.
Sungguh, kadang-kadang hanya dengan berhenti sebentar dan mendengar suara hati dengan jujur, kita akan tahu bahawa bukan semua perlu dibalas, bukan semua perlu dijelaskan. Kadang-kadang, diam adalah penjaga hati kita yang paling bijak.
Saya yakin, dengan kesabaran dan kelembutan terhadap diri, anda mampu membina semula hidup yang lebih tenang, lebih kuat, dan lebih bersyukur. Ingatlah, Allah tidak memandang hasil semata-mata, tetapi melihat setiap usaha dan niat anda walaupun sekecil zarah
Saya sendiri pernah melalui saat di mana saya terlalu sibuk mengejar kejayaan dunia; sibuk dengan urusan perniagaan, ingin segala-galanya sempurna, hingga kadangkala terlupa untuk memberi ruang kepada jiwa dan keluarga. Namun, Allah hadirkan ujian dan teguran lembut sehingga saya kembali merenung, bertanya pada diri sendiri, “Apakah prioriti sebenar hidup ini? Apa tujuan utama aku diciptakan?”
Jangan biarkan bayangan silam menghalang anda untuk melangkah ke hadapan. Maafkan diri anda, kerana anda berhak untuk bahagia dan mencuba lagi. Maafkan orang lain, kerana anda layak untuk hidup dengan hati yang tenang.
Tidak ada satu pun ujian tanpa rahmat, tidak ada satu pun kegagalan tanpa pintu harapan. Allah Maha Mendengar bisikan hati yang paling dalam walau kadang anda sendiri tidak mampu luahkan dengan kata-kata. Tiada air mata yang sia-sia jika ia dititiskan kerana mencari kekuatan dan keampunan dari-Nya.
Reply to Comment