Blueprint Hypermarket Roadmap

Bab 1: Kenapa Hypermarket?

Bayangkan anda masuk hutan tanpa peta. Anda nampak laluan, tapi tak tahu yang mana selamat, mana berbahaya, mana jalan buntu. Sistem runcit di Malaysia pun macam tu. Kalau anda tak tahu siapa yang kawal pintu masuk (buyer), di mana HQ, macam mana proses penghantaran berlaku… anda akan tersesat. Lebih teruk, anda boleh rugi duit, masa dan semangat.
Study Duration
10 Min

Bab 1: Kenapa Hypermarket?

Kenali Ekosistem Runcit Malaysia

Sebagai seorang yang dah lebih 10 tahun berurusan dengan pelbagai jenis hypermarket di Malaysia, saya selalu jumpa usahawan yang terlalu bersemangat nak masuk pasar raya besar… tapi malangnya, tersalah langkah dari awal.

“Saya nak masuk Mydin bulan depan!”
“Produk saya confirm laku kalau letak kat Aeon.”

Saya senyum. Saya faham semangat anda. Tapi soalan saya:

“Anda faham tak macam mana hypermarket di Malaysia ni berfungsi?”

Kalau anda jawab “belum sangat…”, jangan risau. Bab inilah tempat terbaik untuk anda mulakan langkah yang betul.




Analogi: Hypermarket = Hutan

Bayangkan anda masuk hutan tanpa peta. Anda nampak laluan, tapi tak tahu yang mana selamat, mana berbahaya, mana jalan buntu.

Sistem runcit di Malaysia pun macam tu.

Kalau anda tak tahu siapa yang kawal pintu masuk (buyer), di mana HQ, macam mana proses penghantaran berlaku… anda akan tersesat. Lebih teruk, anda boleh rugi duit, masa dan semangat.



Jenis-Jenis Pasar Raya: Kenali Saluran Yang Betul

Sebelum saya bantu anda masuk ke hypermarket, anda kena tahu outlet mana sesuai untuk anda mulakan.

Kategori

Ciri-Ciri

Contoh

Hypermarket

- Saiz sangat besar (lebih 5,000 m²).

- Menjual pelbagai jenis barangan contoh: makanan, barangan rumah, pakaian, elektronik, dan lain-lain.

- Terletak di kawasan bandar besar atau pinggir bandar.

 

Mydin, Lotuss, aeon big

Supermarket

- Saiz sederhana (sekitar 1,000 – 5,000 m²).

- Fokus kepada barangan harian seperti makanan, minuman, produk segar, dan keperluan rumah.

-  Biasanya terletak di pusat beli-belah atau kawasan perumahan.

- Harga kompetitif, tetapi pilihan tidak sebanyak hypermarket.

 

Village Grocer, Cold Storage, Jaya Grocer, TF Value, Segi fresh

Convenience Store (Kedai Serbaneka)

- Saiz kecil (bawah 200 m²).

- Buka 24 jam atau waktu operasi panjang.

- Fokus kepada keperluan segera seperti snek, minuman, roti, ubat ringan, dan barangan asas.

- Terletak di kawasan strategik contoh stesen minyak, kolej, kawasan bandar.

- Harga lebih tinggi berbanding pasar raya.

 

  7-Eleven

  FamilyMart

  myNEWS

  KK Mart

  99 Speedmart

 

Independent Retail (Peruncit Bebas / Kedai Runcit)

- Dimiliki dan diurus oleh individu atau keluarga (bukan rangkaian besar).

- Saiz kecil hingga sederhana.

- Barangan terhad kepada keperluan asas dan produk tempatan.

-  Hubungan rapat dengan pelanggan sekitar (pelanggan tetap).

- Kurang sistematik berbanding rangkaian moden, tetapi fleksibel dan mesra pelanggan.

 

Pasaraya Sabasun

Pasaraya Cerr Mart

Az Zain Halalmart

Pak Aji

Star Grocer

SC Neighbourhood Market

 

Ini adalah contoh kasar sahaja. Ciri-ciri dan kategori ini sering berubah mengikut keadaan semasa dan perkembangan terkini perniagaan.

Fokus ebook ini ialah hypermarket, tempat di mana produk anda boleh dikenali secara besar-besaran jika anda buat betul.



Siapa Sebenarnya Buyer Produk Anda?

Ramai usahawan yang saya jumpa salah sangka. Mereka fikir pengurus outlet ialah orang yang buat keputusan ambil produk.

Sebenarnya tidak.

Buyer sebenar duduk di HQ.

Di sana ada jabatan Merchandising / Purchasing, dan setiap kategori produk ada buyer khas.

Contoh:

  • Sambal, keropok kering → Buyer makanan kering

  • Minuman isotonik → Buyer minuman

  • Produk Muslim tempatan → Kadang-kadang ada buyer khas

Buyer inilah orang yang anda kena yakinkan dengan proposal, data & keyakinan.


Proses Sebenar Masuk Hypermarket

Berikut ialah aliran proses yang saya lalui dan bimbingkan kepada klien saya:

  1. Anda hantar proposal & katalog produk ke HQ

  2. Buyer semak & panggil untuk pitching

  3. Jika lulus, anda diberi trial listing (3–6 bulan)

  4. Kalau jualan konsisten, anda akan dapat full listing

  5. Anda perlu urus penghantaran, restocking dan promosi sendiri

Kalau anda tersilap langkah di mana-mana peringkat ni, buyer boleh abaikan anda terus.



Kisah Kejayaan Ameen Kordial 

Sejarah penubuhan Ameen Products Sdn Bhd bermula sekitar tahun 1982 di Teluk Intan, Perak. Ia diasaskan oleh Hj Amanulla Khan dengan produk pertama syarikat iaitu pati perisa Ros.

Resipi dan proses penghasilan produk diuruskan sendiri oleh beliau, manakala pemasaran produk pada ketika itu hanya tertumpu di kawasan perumahan berhampiran.

Apabila produk tersebut semakin diterima dan mendapat sambutan yang menggalakkan, barulah pemasaran di hypermarket mula dikembangkan.

Kalau tanpa rujuk sesiapa dan terus hantar sample dan proposal ke Hypermarket. Kebiasaannya tidak akan dapat apa-apa jawapan atau maklum balas.

Isu biasa usahawan yang berminat nak masuk pasaran hypermarket:

  • Label tak ikut piawaian

  • Tiada sijil MeSTI

  • Tak sertakan dokumen syarikat

  • Proposal dihantar ke alamat cawangan, bukan HQ


Kenapa Ramai Usahawan Gagal?

Berikut ialah antara kesilapan yang saya kerap jumpa:

❌ Proposal dihantar ke orang yang salah

❌ Tiada temu janji atau strategi follow-up

❌ Tidak tahu margin yang sesuai untuk buyer

❌ Tak sediakan dokumen seperti sijil Halal, MeSTI

❌ Masuk hypermarket, tapi tak buat promosi lalu produk ‘mati’ atas rak


Kalau anda pernah buat salah satu ni, jangan risau. Anda bukan satu-satunya. Saya tulis ebook ini khusus untuk bantu anda elak kesilapan yang pernah saya tengok depan mata.

Saya tulis bab ini bukan sekadar nak kongsi ilmu, tapi nak bantu anda faham strategi yang betul dari awal. Masuk hypermarket bukan mustahil, tapi ia bukan laluan ikut suka-suka.

Kalau anda bersedia untuk belajar dan susun langkah dengan betul, produk anda juga boleh berada di rak hypermarket seperti ratusan produk tempatan lain.



✅ To-Do List Anda Sebelum Teruskan ke Bab 2


✔ Fahami kategori outlet yang mana paling sesuai untuk produk anda?


✔ Kenal pasti siapa buyer sebenar untuk produk anda


✔ Lawat hypermarket berhampiran tengok susun atur & kategori produk


✔ Mula semak balik: ada tak dokumen asas seperti profil syarikat & sijil?


✔ Tetapkan matlamat: hypermarket mana anda ingin tembusi dahulu?


Text Lesson 13/13
You are viewing
Bab 1: Kenapa Hypermarket?