Tik Tok For Business
BAHAGIAN 1 – Pengenalan & Asas TikTok
Bab 1: Tik Tok & Revolusi Bisnes Online
1.1 Sejarah & Perkembangan TikTok
TikTok mula dilancarkan pada September 2016 di China dengan nama Douyin oleh syarikat teknologi ByteDance. Setahun kemudian, versi global TikTok diperkenalkan. Pada Ogos 2018, ByteDance membeli aplikasi lip-sync popular, Musical.ly, dan menggabungkannya dengan TikTok.
Hari ini, TikTok bukan lagi sekadar platform hiburan. Ia sudah menjadi mesin pemasaran digital yang mampu mengubah bisnes kecil jadi jenama besar.
Global Users (2022): 1.53 bilion pengguna
Malaysia (2022): ±14.59 juta pengguna
Purata masa pengguna Malaysia menonton TikTok setiap hari: 22 minit
80% pengguna guna Android, 20% iOS
Segment umur terbesar: 18–24 tahun (57.6%), diikuti 25–34 tahun (38.7%)
Insight untuk usahawan: Dengan jumlah pengguna ini, kalau bisnes kau tak wujud di TikTok, kau sedang serahkan market share kepada pesaing.

1.2 Kenapa TikTok Jadi Pilihan Utama untuk Bisnes
Berbeza dengan Facebook atau Instagram yang semakin saturated, TikTok masih ada ruang besar untuk bisnes kecil berkembang. Antara kelebihan TikTok:
Reach pantas – Konten berkualiti boleh cecah 1 juta tontonan dalam masa 24 jam.
Kos rendah – Organic reach masih tinggi berbanding platform lain.
Video-based – Lebih mudah meyakinkan pelanggan sebab mereka nampak produk beraksi.
Komuniti supportive – Budaya TikTok encourage like, komen & share.
Viral factor – Konten boleh masuk FYP walaupun akaun baru.
Follower grow laju – Konten viral sehari boleh tambah 2k–3k follower.
1.3 TikTok vs Platform Lain
| Platform | Kelebihan | Kekurangan |
|---|---|---|
| TikTok | Reach pantas, video pendek, trend-driven | Perlu update konten kerap |
| User pelbagai umur, iklan target detail | Organic reach rendah | |
| Visual branding kuat, Reels | Algoritma fokus pada engagement sedia ada | |
| YouTube | Video panjang, SEO kuat | Ambil masa nak grow audience |
|
1.4 Peluang untuk Usahawan Malaysia
Produk F&B: Video resepi ringkas, behind-the-scenes, reaction pelanggan
Produk fesyen: Try-on haul, styling tips, trend seasonal
Servis: Before-after, testimoni, tips edukasi
Produk digital: Tutorial, tips, demo penggunaan
.png)
.png)