+60194626840
support@digyprime.com
English flag
English
Select a Language
English flag
English
Malay flag
Malay
RM
MYR
Select a Currency
Malaysia Ringgit
RM
United States Dollar
$
Brunei Darussalam Dollar
$
0
KEWANGAN MANTAP: Panduan Asas Untuk Individu Moden – Your Money, Your Choice

1. Kenapa Ramai Gagal Menabung?

1. Kenapa Ramai Gagal Menabung?
Study Duration
10 Min

Dulu, saya pun selalu cakap, “Bulan ni memang tak sempat nak menabung. Banyak komitmen, duit cukup-cukup makan je.” Setiap kali dapat gaji, niat nak simpan itu memang ada, tapi akhirnya duit digunakan untuk pelbagai perkara—bil, makan luar, online shopping, bayar hutang. Bila sudah habis, baru perasan, “Eh, mana duit simpanan aku?” Ramai antara kita gagal menabung bukan sebab tidak mampu, tetapi kerana tiada sistem tetap dan sering meletakkan menabung sebagai perkara terakhir dalam senarai keutamaan. Kadang-kadang juga, kita rasa jumlah yang kecil tidak berbaloi untuk disimpan, lalu akhirnya tak simpan langsung. Kebiasaan ini satu kesilapan yang nampak kecil, tapi besar kesannya pada masa depan.

Text Lesson 7/19
You are viewing
1. Kenapa Ramai Gagal Menabung?