Landing page, kalau dalam bahasa
mudahnya, ialah “halaman pendaratan”—tempat pertama yang orang
‘mendarat’ bila klik iklan, link media sosial, atau QR code bisnes anda.
Berbeza dengan laman utama
website yang penuh dengan pelbagai menu dan maklumat, landing page ni lebih
ringkas dan fokus. Biasanya, memang satu page saja — tiada menu, tiada
gangguan, straight to the point!
Apa fungsi dia?
Sebenarnya landing page ni ada
satu tugas besar:
“Memancing
tindakan daripada pelawat.”
Contohnya, nak mereka daftar
emel, klik butang WhatsApp, beli produk, ataupun tinggalkan nombor telefon
untuk follow up. Dengan kata lain, landing page ni dicipta untuk “convert”
pelawat jadi pelanggan atau prospek dengan cara paling mudah.
Itulah sebab bisnes kecil, SME
atau peniaga online sekarang ramai guna landing page, sebab mereka boleh “tutup
jualan” online tanpa perlu melalui laman web yang kompleks.
Prospek boleh faham tawaran, nampak testimoni, tekan satu butang dan terus
jadi pelanggan.
Paling best, landing page tak
perlu bajet besar dan teknologi susah; tools macam Canva memang cukup mudah
walaupun untuk mereka yang ‘buta IT’.
Ramai orang masih confused,
landing page ni sama ke dengan website?
Jawapannya: Memang lain!
Website biasanya ada banyak
page—ada Home, About Us, Produk, Blog, Contact Us, dan macam-macam lagi. Website ni ibarat “rumah besar”, penuh bilik
dengan pelbagai fungsi dan info. Visitor boleh berjalan-jalan, pilih nak tahu
tentang syarikat, nak baca blog, nak tengok galeri dan sebagainya.
Tapi landing page ni, bayangkan
macam satu bilik khas dalam rumah tu. Semua info penting padat kat situ, supaya pelawat tak buang masa nak cari
maklumat atau klik sana-sini. Landing page fokus kepada SATU tujuan
saja—sama ada nak suruh orang ambil tindakan (call to action) seperti daftar,
beli, atau contact owner. Tiada menu besar, tiada navigation rumit, tak ada
distractions langsung!
Contoh mudah: kalau anda jual
satu produk baru, buat je landing page khas. Semua cerita pasal produk
tu—kenapa best, harga promosi, testimoni, dan butang order—semua di satu page
sahaja. Simple, power dan terus convert pelanggan!
Sebab itulah landing page ni
memang favourite untuk promosi khas, pelancaran produk, atau kempen event.
Mudah diurus, pantas siap, dan orang tak pening nak faham atau klik
banyak-banyak.
Kalau anda buat bisnes SME,
especially yang baru nak naik atau baru nak berjinak dengan online, landing
page ni boleh jadi senjata rahsia anda! Kenapa? Sebab, landing page ni memang
alat paling mudah, murah dan pantas untuk anda mula dapat pelanggan tanpa
pening pasal kos website ribu-ribu atau upah developer.
Bayangkan, anda boleh buat
landing page hanya dalam beberapa jam saja—tanpa coding, tanpa pening kepala.
Nak buat promosi flash sale? Buat je landing page khas, “blast” link kat
WhatsApp atau media sosial, orang terus nampak offer dan boleh klik untuk beli
atau daftar. Landing page memudahkan prospek fokus pada produk/tawaran anda
tanpa terganggu dengan benda-benda lain.
Bukan itu saja, landing page juga
membina imej profesional untuk bisnes, walaupun bisnes kecik. Bila prospek
nampak anda ada digital presence yang kemas, keyakinan mereka untuk membeli pun
meningkat! Statistik pun menunjukkan SME yang guna landing page atau website
lebih mudah dapat kepercayaan pelanggan dan lariskan bisnes berbanding yang
takde langsung.
Paling best, segala data mudah
dikumpul—ada butang WhatsApp ke, ada borang nama/emel, semua boleh track dan
follow up dengan mudah. Memang sesuai sangat untuk usahawan SME yang nak
langkah pertama ke dunia digital tapi nak cara yang ringkas dan jimat!