About
Tajuzzaman Tajol Molok ialah seorang pengaturcara dan usahawan teknologi dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam pembangunan web, aplikasi, serta sistem pengurusan perniagaan. Beliau merupakan pengasas Aurora Cloud Works dan pencipta sistem AuroraHRM yang digunakan oleh pelbagai organisasi dari sektor kerajaan hingga swasta.
Sebagai seorang trainer bertauliah (Certified Train the Trainer), beliau terkenal dengan gaya penyampaian yang jelas, praktikal, dan mudah difahami. Misi beliau adalah membantu penulis, pendidik, usahawan, dan content creator memanfaatkan teknologi untuk menghasilkan produk digital sendiri dengan lebih mudah dan berkesan.