Instructor
This course includes 3 modules, 13 lessons, and 0:47 hours of materials.
Bayangkan anda ingin melancarkan promosi baru, tetapi tidak ada bajet untuk upah designer atau masa untuk belajar software design. Inilah masalah ramai usahawan kecil, malah ramai SME juga terpaksa guna template biasa sebab mereka tiada kemahiran grafik. Tapi hari ini, dengan kecanggihan Image AI, semua itu tidak lagi menjadi penghalang.
Dengan menguasai pelbagai tools AI, setiap usahawan dan pemilik SME kini mempunyai ‘pasukan digital’ sendiri—mampu menghasilkan visual, video, poster, dan produk digital tanpa perlu kemahiran teknikal tinggi atau kos tambahan. Inilah rahsia kejayaan bisnes moden yang ingin bergerak pantas, jimat, dan kekal relevan di era digital!
Bab ini mengoptimumkan automasi pemasaran, serta cara menjual di platform digital. Fokus pada pemasaran, validasi idea, dan membina pendapatan pasif secara konsisten.
Produk digital ialah sebarang bahan, info, alat, atau servis yang dihantar secara online—bukan fizikal. Contohnya: ebook, kursus online, template kerja, grafik, kuiz, dan checklists. Dengan AI, Coach boleh hasilkan produk digital dengan pantas dan lebih “unique”.
Video editing selalunya dianggap rumit dan hanya untuk “orang kreatif”. Tapi, dengan Video Editing AI, SME dan usahawan kecil kini boleh hasilkan video promosi berkualiti tinggi tanpa perlu belajar software editing yang susah!
Reply to Comment