Instructor
Perjalanan haji bukan sekadar perjalanan menuju Tanah Suci, tetapi sebuah perjalanan menuju Allah yang perlu dimulakan dengan niat yang ikhlas dan persediaan ilmu yang betul.
Melalui Silsilah Persiapan Haji 01: Niat-Niat Menunaikan Haji, peserta akan dibimbing untuk memahami tujuan sebenar menunaikan haji serta niat-niat penting yang perlu sentiasa dihadirkan dalam hati sepanjang perjalanan.
Antara perkara yang ditekankan ialah menunaikan haji semata-mata kerana Allah, menyempurnakan tuntutan rukun Islam, memuliakan syiar-syiar Allah, memperbanyakkan amal soleh dan ibadah di Tanah Suci serta berusaha melaksanakan haji dengan sempurna berdasarkan panduan yang dipelajari.
Pengajian ini juga menjadi persediaan awal supaya bakal jemaah tidak hanya bersedia dari sudut fizikal dan perjalanan, tetapi turut bersedia dari sudut ilmu, hati dan rohani.
Semoga setiap langkah menuju Baitullah dimulakan dengan niat yang benar dan akhirnya membawa kepada haji yang mabrur serta kembara menuju maghfirah Allah.
This course includes 1 modules, 1 lessons, and 0 hours of materials.
Sertai Group WhatsApp Pengajian Menuju Baitullah
Dapatkan kelas pengajian secara PERCUMA sebagai persediaan menuju Baitullah, serta nikmati perkongsian pelbagai eBook secara percuma sebagai panduan dan bekalan ilmu.
Pengajian dibimbing secara langsung oleh Ustaz Haji Ahmad Salahuddin bin Harun, seorang Mutawwif Berpengalaman, Penceramah Haji Bertauliah Tabung Haji dan Ketua Pembimbing Ibadat Haji Yaskin.
Tambah ilmu, mantapkan persediaan dan melangkah menuju Baitullah dengan bimbingan yang jelas dan tersusun.
Reply to Comment