About this course
Anak anda mula kata Matematik susah? Rasa bosan bila belajar? Atau trauma nak cuba jawab soalan? CoReMind hadir untuk jadikan Matematik mudah, seronok & yakin dikuasai, walau siapa pun anda bermula.
Ramai pelajar di Malaysia mula hilang minat terhadap Matematik sejak di sekolah rendah lagi. Tanpa peperiksaan seperti UPSR dan PT3, ramai pelajar ambil mudah—akhirnya asas longgar, makin lama makin takut pada subjek ini. Statistik menunjukkan lebih 60% pelajar menengah rendah gagal kuasai konsep asas Matematik, menyebabkan mereka “trauma” bila naik ke tingkatan empat.
SCoReMind adalah jawapan untuk setiap pelajar yang mahu mula “start fresh”, bina minat, dan hilangkan trauma terhadap Matematik. Modul digital ini direka khas oleh Dr. Nor Izzah—pensyarah berpengalaman, tutor online Matematik sejak 2018, dan mentor ribuan pelajar sekolah rendah hingga menengah. Dengan pendekatan storytelling, aktiviti harian, teknik refleksi dan gamifikasi, pelajar akan merasai sendiri perubahan mindset & kepercayaan diri terhadap Matematik!
Apa Yang Anda Dapat Dalam Kursus SCoReMind:
✔️ Video motivasi & audio tips teknik belajar Matematik
✔️ Nota PDF interaktif & jurnal refleksi boleh print
✔️ Modul latihan harian & mingguan berasaskan rutin mudah
✔️ Aktiviti game, quiz, dan cabaran Matematik seronok
✔️ Teknik refleksi—ajar pelajar kenal diri, kenal kelemahan & cara atasi
✔️ Komuniti group support (WhatsApp/Telegram)
✔️ Kata-kata motivasi pembakar semangat setiap bab
✔️ Projek mini Matematik dunia sebenar
Comments (0)
Susah sangat ke Matematik ni. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta jooomm kita kenal dengan matematik dulu.
Mitos-Mitos Popular: Betul Atau Salah
Bagaimana memupuk dan memaksa diri kekal konsisten dengan latihan
