PhD Survival Guide: Dari Impian ke Realiti
in General EducationAbout this course
🌟 Perjalanan yang Perlu Dibukukan 🌟
Ada perjalanan yang terlalu bernilai untuk dilupakan. Ada kisah yang wajar dibaca oleh anak-anak kita, supaya mereka tahu bagaimana sebuah impian besar boleh jadi kenyataan dengan izin Allah.
Ini adalah cerita tentang doa yang tak pernah putus, langkah yang terhenti tapi tak menyerah, dan tawakkal yang diiringi usaha tanpa jemu.
Dalam setiap helaian, saya kongsikan:
đź’ˇ Bagaimana keyakinan terhadap Allah sebenarnya seperti apa yang kita fikirkan tentang-Nya.
đź’ˇ Tips untuk bertawakkal dengan sebenar-benar tawakkal, tanpa meninggalkan strategi.
💡 Realiti perjalanan PhD – jatuh, bangun, dan momen-momen ajaib yang hanya Allah boleh aturkan.
Ini bukan sekadar e-book; ini adalah hadiah untuk jiwa anda. Satu panduan untuk sesiapa yang ingin berani bermimpi, yakin bertindak, dan percaya kepada takdir yang terbaik.
đź’ť Bonus eksklusif untuk pembaca:
âś… Free Research Planner Template
âś… Free Tips Penulisan Research
✅ Free Panduan Setting Mendeley dari A–Z
âś… Free Video untuk menghasilkan Viva slide yang berkesan, tips bagaimana nak transform beratus mukasurat thesÂ
   kepada 10 slide sahaja
Semoga ia menjadi  suntikan semangat dan jalan keluar untuk semua pejuang ilmu yang sedang mencari makna di sebalik perjuangan.
#PhDSurvivalGuide
#TawakkalDenganUsaha
#PerjalananImpian
Comments (0)
Semangat tak pernah padam, keinginan yang sentiasa membara tetapi ragu - ragu pada keupayaan diri.
Masih ragu dengan keupayaan diri, bila di hari pendaftaran rata-rata adalah pelajar yang berusia 20an
Mencari supervisor yang sesuai adalah seperti memilih pasangan untuk mendaki gunung,anda perlu pastikan mereka dapat menyokong anda sepanjang perjalanan, terutama ketika mendaki bahagian paling sukar
Ajar diri berdisiplin, siapkan personal target. Usaha milik kita, yang lain dari Allah. Semangat semula kendur apabila sudah mula terpijak duri perjalanan ini.
Hancur harapan, aku tak berjaya mendapat biasiswa. Hati mula berbolak balik, terus atau berhenti.
Allah maha besar, diberikan jalan pada setiap kesukaran. Tukar bidang, semua baru, start over again.
Aku tak hebat, semua dengan izinNYA. Apa itu sistem sokongan , kenapa ia amat penting dalam kehidupan kita. faktor utama yang memudahkan dan melancarkan perjalanan saya.
Phd bukan sekadar sijil, ia adalah cerita perjalanan dan semua cerita sepanjang perjalanan adalah intipati kepada PhD. Bab ini adalah peringatan bahawa PhD adalah tentang perjalanan, bukan destinasinya. Perjalanan itu yang membentuk siapa kita, dan itulah yang sebenarnya paling bernilai.
Sistem sokongan bukan hanya tentang keluarga atau sahabat, tetapi juga tentang hubungan kita dengan Allah. Percayalah pada janji-Nya, kerana Dia tidak pernah mengecewakan hamba-Nya
Jadi, kepada anda yang sedang berada dalam perjalanan, jangan berhenti. Bila terasa penat, ingatlah kenapa anda bermula.
Teruskan pergantungan pada Allah. Semoga tips ringkas ni memberi impak yang besar sepanjang perjalanan anda menyiapkan PhD.
Hidup perlu ada jadual. Ada perancangan . Jadual ni boleh jer adjust ikut keperluan kita. No pain No gain. Try to follow jadual yang kita buat, walaupun tak 100% dapat ikut 60% pun still ada achievement.
Titipan terakhir, ikhlas dari saya
Semuanya bermula dengan langkah pertama.
Research Planner ni ibarat “teman perjalanan” untuk pelajar atau penyelidik yang sedang menulis tesis, laporan, atau projek kajian. Ia bantu kita rancang langkah demi langkah — dari idea awal sampai siap laporan penuh.
Research Planner bukan sekadar buku nota — ia adalah alat strategi dan motivasi untuk bantu penyelidik kekal teratur, tenang, dan yakin sampai tesis siap.
Penerangan ringkas bagaimana nak setup Mendeley as a research reference.
Tujuan penggunaan mendeley adalah memudahkan dalam menulis senarai bibliography yang akan auto list kan kita punya reference
Tips bagaimana menyusun slide
Tricks untuk CONQUER panel semasa Viva Presentation
Technique menyususn Thesis beratus muka surat tu kepada 30 slide sahaja