NAK UBAH PENAMPILAN

NAK UBAH PENAMPILAN

Kursus ini membimbing peserta memahami asas gaya hidup profesional dan pemilihan pakaian yang tepat mengikut kod etika, situasi dan protokol. Peserta akan mempelajari teknik memilih pakaian seperti kemeja, suit, blazer, slack, skirt, kasut serta aksesori yang sesuai bagi meningkatkan imej, kredibiliti dan keyakinan diri dalam dunia profesional.
0 Students
13 Lectures
CuteCarry
CuteCarry

Instructor

About This Course

Penampilan bukan sekadar pakaian — ia adalah komunikasi tanpa suara.


Dalam dunia profesional hari ini, imej menentukan persepsi, dan persepsi membentuk peluang. Kursus ini direka khas untuk membantu peserta membina imej profesional yang berpengaruh melalui pemahaman mendalam tentang kod pakaian, pemilihan busana yang tepat serta penggunaan aksesori yang bersesuaian mengikut konteks formal, separa rasmi dan kasual.


Peserta akan didedahkan kepada:


Asas gaya hidup profesional dan kepentingan first impression

✔ Faktor utama dalam pemilihan pakaian mengikut bentuk badan dan situasi

✔ Perbezaan antara pakaian rasmi, smart casual dan kasual

✔ Panduan pemilihan kemeja, suit, blazer, slack dan skirt

✔ Kod pakaian protokol termasuk protokol diraja

✔ Pemilihan kasut lelaki dan wanita

✔ Penggunaan aksesori seperti jam, beg, tali pinggang dan cermin mata

✔ Kesalahan umum dalam berpakaian yang perlu dielakkan


Kursus ini bukan sekadar teori, tetapi disampaikan secara praktikal dan visual agar peserta dapat terus mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan profesional harian.


Mengenai Jurulatih


Kursus ini dibimbing oleh Hafiz Mustapha, CEO CuteCarry Sdn. Bhd., seorang penceramah profesional, perunding imej dan pakar pembangunan personaliti profesional dengan  pengalaman dalam industri sejak tahun 2013. 


Beliau telah melatih ratusan ribu peserta daripada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta di Malaysia dan luar negara. 


Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Bachelor Degree in Accounting dan seterusnya melanjutkanpengajian dalam bidang Komunikasi Media dengan pengkhususan dalam media dan imej di Ripa College, London, United Kingdom.


Hafiz Mustapha pernah menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)  selama sepuluh tahun dan jawatan terakhir M48/Gred 12 sebelum meletakkan jawatan untuk menunuhkan CuteCarry Sdn Bhd. 


Hafiz Mustapha juga menulis 2 buku yang telah terjual ribuan naskah iaitu Gaya Untuk Berjaya dan Seni Hidup Beradab.
Antara pengiktirafan profesional beliau:


🏅 Dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Pahang (AMP) oleh Sultan Pahang (2007)

🏅 Panel National Occupational Skills Standard (NOSS), Kementerian Sumber Manusia Malaysia

🏅 Naib Presiden Federation of Image Professionals International (FIPI) Malaysia

🏅 Certified Professional Image Consultant (AICI Malaysia)

🏅 Certified Train The Trainer (TTT) HRDC

🏅 Executive Diploma in Human Resource, Universiti Malaya


Hafiz Mustapha juga menulis 2 buku yang telah terjual ribuan naskah iaitu Gaya Untuk Berjaya dan Seni Hidup Beradab.


Beliau juga sering dijemput sebagai pakar rujuk media dan pernah muncul di pelbagai platform televisyen serta media arus perdana.


Pendekatan beliau menekankan prinsip memperkasa personaliti individu tanpa mengubah identiti asal, sebaliknya meningkatkan potensi diri, penampilan dan keyakinan secara profesional.

CuteCarry
CuteCarry
2 Courses
2 Students
CuteCarry
Curriculum Overview

This course includes 1 modules, 13 lessons, and 0 hours of materials.

KETERAMPILAN DIRI
13 Parts
PERMULAAN HEBAT GAYA ANDA
Volume -
FAKTOR PEMILIHAN PAKAIAN
Volume -
TIPS PILIH KEMEJA
Volume -
SMART CASUAL DAN TIPS PEMAKAIAN KASUAL
Volume -
KOD PAKAIAN PROTOKOL DIRAJA
Volume -
TIPS PEMILIHAN SUIT, BLAZER DAN SKIRT
Volume -
TIPS AKSESORI
Volume -
KASUT, JENIS KASUT WANITA DAN LELAKI
Volume -
BEG
Volume -
JAM
Volume -
CERMIN MATA
Volume -
TALI PINGGANG
Volume -
PENUTUP
Volume -
Certificates
1 Parts
Course Certificate
Course Certificate
If you pass all the lessons in this course, you will receive this certificate.
Type Course Certificate
Reply to Comment
Comments Approval

Your comment will be visible after admin approval.

0
0 Reviews
Content Quality (0)
Instructor Skills (0)
Value for Money (0)
Support Quality (0)
Reply to Review
Submit Reply

Your reply to this review will be visible to all users.

NAK UBAH PENAMPILAN
RM79

This Course Includes

Official Certificate

Course Specifications

Sections
1
Lessons
13
Capacity
1000 Students
Duration
1:00 Hours
Students
0
Created Date
19 Feb 2026
Updated Date
2 Mar 2026

Send Course as Gift

Send as a gift to friends
NAK UBAH PENAMPILAN
You are viewing
NAK UBAH PENAMPILAN